CARA UNTUK MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT.
DEFINISI PEMAKANAN YANG SIHAT
Pemakanan yang sihat merupakan makanan yang mengandungi pelbagai ZAT, MINERAL atau KABORHIDRAT. Kandungan ini memberi keseimbangan kepada tubuh badan kita.
Pemakanan yang sihat harus di ambil dengan skala yang betul pada setiap hari, seperti makan secara sihat pada waktu pagi (sarapan), makan tengah hari (lunch) dan minum petang berserta makan malam (dinner).
CARA PENGAMBILAN MAKANAN
- BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN.
Dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi LEMAK yang rendah dan mampu membekalkan pelbagai jenis bentuk zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium.
Ia membantu melawaskan pembuangan najis dan dapat mencegah pelbagai penyakit seperti sembelit, buasir dan penyakit usus(diverticulr diseases). Selain itu, dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan pelbagai jenis kanser..
- PENGIMBANGAN PENGAMBILAN MAKANAN DENGAN AKTIVITI FIZIKAL.
Aktiviti fizikal dapat membantu badan membakar kalori yang berlebihan. Ia juga dapat membantu mengawal berat badan.
- PEMILIHAN MAKANAN YANG BETUL.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan kolesterol. Walaubagaimana pun, lemak tetap harus di ambil kerana lemak merupakan sumber tenaga membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, seperti A, B, E, K.
Jika mengambil lemak yang berlebih ia akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah kesihatan yang lain. Selain itu, lemak juga akan meningkatkan berat badan anda.
- MINUM AIR SEKURANG - KURANGNYA 6 -8 GELAS AIR SEHARI.
Air berfungsi untuk fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengurangkan bahan sisa dari badan. Air akan mengantikan cecair tubuh yang hilang, terutama bila anda melakukan aktiviti fizikal. Info penting buat anda, apabila berada di dalam bilik yang berhawa dingin, minum lah air secara kerap walaupun tidak terasa dahaga.
MENGAPA PEMAKANAN YANG SIHAT ITU PENTING KEPADA ANDA???

- Untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
- Untuk sentiasa cergas dan bersemangan.
- Mengekalkan tenaga dan nutrisi unuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
- Membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Tenaga dapat memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
Apabila anda jatuh sakit atau terlampau sibuk dengan sesuatu pekerjaan, Anda tetap perlu makan untuk menambah tenaga di dalam badan, anda boleh mengambil makanan berganti.
Makanan Berganti = Merupakan makanan cair yang zat gizinya dibuat seperti makanan seimbang untuk kondisi diabetesein.
Dalam islam turut mementingkan pengambilan makanan yang sihat seperti mana yang di amalkan oleh rasul kita. Dalam aspek berkaitan dengan pemakanan yang sihat, Rasullulah SAW dapat dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan untuk semua umat termasuk bangsa dan agama lain. Ini kerana beliau amat mengutamakan khasiat dan mutu makanan tersebut, di samping itu, agar mendapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Tidak salah untuk berdiet tetapi harus mengikut cara yang betul agar tidak mendatangkan penyakit yang berbahaya.
DIET = Sajian makanan yang mengandungi semua NUTRIENT yang diperlukan oleh tubuh badan dengan kadar yang betul. Ramai yang menganggap diet ini seperti tidak makan berhari-hari dan pelbagai spetifikasi yang salah. Cara untuk memulakan diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut piramid makanan. Namun, diet seimbang yang diamalkan oleh setiap individu adalah berlainan.
Untuk lebih berkesan, amalkan diet yang diamalkan oleh Nabi Muhammad, kerana diet yang diambilnya adalah lebih baik.
CARA - CARA NABI MUHAMMAD SAW IALAH :
- Jangan makan susu bersama daging.
- Jangan makan daging bersama ikan.
- Jangan makan ikan bersama susu.
- Jangan makan ayam bersama susu.
- Jangan makan ikan bersama telur.
- Jangan makan ikan bersama daun salad.
- Jangan makan susu bersama cuka.
- Jangan makan buah-buahan selepas makan nas
PENUTUP
Setiap
individu perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang mengikut
keperluan masing-masing. Memilih pemakanan yang sihat boleh menjamin kehidupan yang lebih bahagia dan ceria.
Piramid makanan merupakan panduan yang terbaik untuk memastikan
amalan pemakanan yang seimbang dan sihat. Jagalah cara memakanan kita agar hidup akan selalu bersemangat untuk menuju ke hari depan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan